13 January 2014

~...PopiA NestuM...~




Bahan-bahan
1 paket besar popia
lidi sate untuk menggulung
1 sudu tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air untuk dijadikan gam) atau telur
minyak untuk menggoreng

Bahan salut - disatukan dan gaul rata
1/2 cwn horlicks biasa (atau nestum yang di kisar halus)
1/2 cwn gula aising
1 cwn susu tepung (ie Nespray/Everyday)




pinjam gmbr pakcik google


Cara-cara


1. Gulung popia menggunakan lidi sate. JANGAN ditekan kulit pohpia semasa proses menggulung kerana hasilnya akan keras. Tinggalkan dalam 1-2cm untuk gamkan dengan tepung/telur. 
(aku gne gandum) Keluarkan lidi sate. (xgne pn lidi..agk2je)

2. Simpan kulit popia yang telah siap di gulung di dalam bekas yang ditutup dengan kain lembab supaya tidak kering. Jika tidak susah hendak gunting. (gunting trus pn ok tp byk cte)

3. Gunting serong kult pohpia yang telah siap di gulung tadi jarak 1-2cm.(ukur tau)

4. Goreng dengan api perlahan/kecil. Apabila kulit mula garing (tapi masih warna putih), baru di kacau supaya warna sekata. Bila dah mula keemasan hendak lah sentiasa dibalik-balikkan untuk mendapat warna yang sekata.

7. Selepas digoreng, sejat minyak pada popia terlebih dahulu dengan menggunakan kitchen towel dan sejukkan sebentar.

8. Apabila kulit pohpia agak suam-sejuk masukkan ke dalam bekas yang besar. Gaulkan dengan bahan salut sehingga rata. JANGAN di gaul semasa masih panas kerana bahan salut akan melekit atau semasa terlalu sejuk; bahan salut tidak melekat pada kulit popia.

9. Simpan pohpia di dalam bekas kedap udara.
 









(✿◠‿◠)
*Terbukti sedap...




2 comments:

safurara said...

buat sendiri je kan,senang je.xyah menempah.

eriqueetiqaz said...

yup cik puan rara...bkn ssh pn...jimat2 skrg sume mahal...hee