Showing posts with label PeTuA. Show all posts
Showing posts with label PeTuA. Show all posts

05 August 2014

Sakit gigi



Sakit gigi mmg mencabar jiwa raga weh...
Sakit yang paling sakit kot aku penah rasa bt masa ni...
Sakit beranak pon xla sesakit gigi kot...entah aku xingat sgt sebenarnya sebab da 1thn lbh beranak...
motif???nk kne beranak lg kot baru igt...muahahhahahahaha

Hmmm kne sakit gigi masa bulan pose huh seksa idop kne lak kje dalam ekon yang sejuk beku
rasa mcm nk meraungje tapi nasib aku baik sebab ms hr pertama kne tuh aku xpose jadinya blhla telan panadol utk tahan sementara nk g klinik
hari kedua da xblh bla da orang cakap mcm nk tercabut nyawa gitu...huuu over kn aku
aku da cuba kumur air garam xjalan, buh bunga cengkih xjalan jgk, buh myk xjalan jgk
last2 malam tuh ajk laki aku g klinik swasta jela nk tggu klinik gomen mmg kne bt temujanji dl n amik ms kot nk jpe doc
2-3 klinik aku col xjwb agknye bulan pose xbuke malam kot xpon dk berbuka lg ms aku col tuh...
entah last laki aku dapat nombor fon 1 klinik kt bangi atas kedai d one steak
bt temujanji nk g kol9, sampai sana dia soal selidikla sikit sblm jpe doc
aku org 1st  kot sampai..so xyah tggu lama blh jpe doc
Rupanya org kt kaunter yg dk soal aku tuh adalah doc kt klinik tuh...
doc india perempuan sgtla lemah lembut percakapan dan perbuatannya
huhu dalam lemah lembut dia aku da lemah lutut da tambah ngn seriau dengar alatan besi berlaga2...
doc ckp gg berlubang kne tampal...mkn cuak aku jadinya nk kne tampal tapi sebab sakit xleh tampal terus...dia kata tampal sementara utk seminggu je...
tampalan tuh rasa cengkih...
da setel sume br la ley cakap skit tapi sakit dia sampai 2hari xhlg lg...lmbt jgkla kesan ubat cengkih tuh walaupun da melayang rm60 kos utk 15minit punya rawatan tanpa sebarang ubat sampingan alasannya sebab gastrik xblh amik ubat lain selain panadol...







Dalam sakit sempat lagi amik gmbr skit...
Sonok pulak tgk c kecik dk main dalam khemah...
Bagi aku klinik ni okla siapkan ruang utk kanak2 bermain xdela dk melalak tggu mak bapak yg sakit nih...

Hmmm lepas 1mg aku da xrasa sakit jadi aku xpegila buang tampalan sementara ke tampalan kekal
tggu sakit lg la br tau jenguk klinik gg lagi...
Harapnya blh bertahan lebih lama la klo x melayang lg 90 hinggit utk tampalan kekal...
Tuh pon klo xok jgk dia suh bt rawatan akar yg berharga 500 hinggit...
mcm nk pengsan dengar...
Nak sihat ke nk sakit pilihla utk melabur skit kn...duit ni mcm airje kan tambah bl terdesak sakit...









(*_*)
*marilah menabung utk masa depan...

12 November 2012

~...HiLaNgKaN JeRaWaT...~





Cara nak hilangkan jerawat yang plg mudah ye kwn2...
Ambil sebiji tomato yang segar, lenyek atau kisar tomato hingga hancur dan sapukan di wajah sebelum tidur.
Ulang tiga kali seminggu.

Insyallah jerawat hilang dan hasilnya wajah lebih berseri.








*ada petua lain, share2la ye...
(*_*)



16 February 2012

~...KhAsIaT 114 SuRaH...~






Al-Fatihah: Dibukakan baginya pintu-pintu kebaikan dan ditutup pintu keburukan.


Al-Baqarah: Panjang umurnya dan baik agamanya.


Ali Imran: Bersih diri dan bersih jiwanya serta sanggup menghujah pihak-pihak yang batil.


An-Nisa': Menjadi pembagi-bagi harta warisan, mewarisi wanita dan mewariskan harta kerana
umurnya yang panjang.


Al-Ma'idah: Tinggi darjatnya,kuat keyakinannya dan baik kewarakannya.


Al-An'am: Banyak binatang peliharaannya dan dia menjadi pemurah.


Al-A'raf: Tidak akan keluar dari dunia sebelum dia menginjak bukit Turisina.


Al-Anfal: Menang melawan musuh dan dia mendapat harta ghanimah.


At-Taubah: Hidup terpuji di tengah-tengah masyarakat dan mati dalam keadaan bertaubat.


Yunus: Bagus ibadatnya dan man daripada tipudaya serta ilmu sihir.


Hud: Berhasil tanam-tanamannya dan berkembang binatang ternaknya.


Yusuf: Pada mulanya dia dianiaya orang tetapi kemudian pergi merantau dan berhasil di
perantauan.


Al-Ra'du Ibrahim: Menghafaz banyak doa dan cepat beruban. Bagus agama dan urusannnya di
sisi Allah.


Al-Hijr: Terpuji di sisi Allah SWT dan di sisi manusia.


An-Nahl: Diberikan ilmu dan kalau dia sedang sakit bererti dia akan sembuh.


Bani Israil: Mulia di sisi Allah SWT dan menang melawan musuh-musuhnya.


Al-Kahfi: Tercapai cita-citanya dan panjang umurnya sehingga dia bosan hidup dan rindu akan
mati.


Maryam: Menghidupkan sunah para nabi, dituduh dan dihinakan teteapi akhirnya terbukti
kesuciannya.


Taha: Kebal dari khianat tukang-tukang sihir.


Al-Anbiya': Mendapat kemudahaan dan kebahagiaan setelah menghadapi pelbagai kesusahan dan
mendapat ilmu dan khusyuk.


Al-Haj: Dapat mengerjakan haji berulang-ulang insya-Allah.


Al-Mukminun: Kuat imannya dan mati dalam iman.


An-Nur: Allah SWT menerangi hati dan kuburnya.


An-Furqan: Menjadi pemisah antara yang hak dan batil.


As-Syu'ara: Allah SWT melindunginya dari kejahatan.


An-Naml: Diberikan kerajaan atau kekuasaan.


Al-Qasas: Diberikan perbendaharaan yang halal.


Al-Ankabut: Dia dalam penjagaan Allah SWT sehingga matinya.


Ar-Rum: Allah SWT memberikan kekuatan kepadanya untuk menakluki negeri kaum musyrikin
ramai umat yang mendapat pertunjuk di tangannya.


Luqman: Diberikan hikmah.


As-Sajdah: Mati di atas sejadahnya dan menjadi orang yang berjaya di sisi Allah SWT
.
Al-Ahzab: Menjadi kelompok orang bertakwa dan pengikut kebenaran.


Saba': Zuhud di dunia dan suka beruzlah (mengasingkan diri dari masyarakat yang banyak
mengerjakan dosa).


Fatir: Allah SWT membukakan pintu-pintu nikmat kepadanya.


Yasin: Dijadikan sebagai pencinta pengikut Rasulullah SAW.


As-Saffat: Mendapat anak yang taat dan mempunyai keyakinan.


Sad: Pandai bertukang dan banyak hartanya.


Al-Zumar: Bersih agamanya dan baik akhir hayatnya.


Al-Mukmin: Diangkat darjatnya di dunia dan akhirat dan mengalir kebaikan-kebaikan melalui
tangannya.


Hamim As-Sajdah: Menjadi penyeru kepada yang hak dan ramai yang mencintainya.


Hamim Ain Sin Qaf: Panjang umurnya.


Al-Zukhruf: Jujur dalam percakapannya.


Al-Dhukan: Diberikan kekayaan.


Al-Jasiah: Menjadi khusyuk dan takut kepada Allah SWT.


Al-Ahqaf: Melihat perkara-perkara ajaib di dunia.


Muhammad: Menjadi baik sirah (perjalanan hidupnya).


Al-Fath: Diberi taufik untuk berjihad.


Al-Hujurat: Allah SWT merahmatinya.


Qaf: Dimurahkan rezekinya.


Al-Zariat: Menjadi tanam-tanamnya.


Al-Tur: Bererti dia sudah dekat dengan Makkah Al-Mukarramah.


An-Najm: Mendapat anak yang cantik dan terpandang.


Al-Qamar: Kebal daripada ilmu-ilmu sihir.


Ar-Rahman: Mendapat nikmat di dunia dan mendapat rahmat di akhirat.


Al-Waqi'ah: Bersegera kepada taat.


Al-Hadid: Sihat badan dan dipuji orang.


Al-Mujadalah: Membantah pihak yg. batil serta sanggup memberikan hujah-hujah bernas.


Al-Hasyar: Dia mengancurkan musuh-musuhnya.


Al-Mumtahanah: Mendapat rintangan dan cubaan tetapi diberi ganjaran.


As-Saff: Ingin mati syahid.


Al-Jum'at: Allah SWT mengumpulkan pelbagai kebaikan baginya.


Al-Munafiqun: Lepas daripada kemunafikan.


At-Taghabun: Tetap di atas petunjuk.


At-Talaq: Terjadinya pertengkaran antara suami dan isteri dan terkadang sampai kepada
perceraian.


Al-Mulk: Besar kerajaannya.


Nun al-Qalam: Diberi kefasihan dan pandai menulis.


Al-Haqqah: Dia berdiri di atas hak.


Al-Ma'arij: Berada dalam keadaan aman di ditolong.


Nuh: Menjadi penyeru kepada kebaikan dan pencegah dari yang mungkar serta mengalahkan
musuh-musuhnya.


Al-Jin: Terpelihara dari gangguan syaitan.


Al-Muzammil: Diberi taufik untuk mengerjakan solat tahjud.


Al-Mudassir: Baiklah tempat tidurnya dan dia menjadi orang sabar.


Al-Qimayah: Tidak mahu bersumpah untuk selama-lamanya.


Al-Insan: Menjadi orang yang pemurah, bersyukur dan baik penghidupannya.


Al-Mursalat: Diluaskan rezekinya.


'Amma Yatussalun: Menjadi mulia dan masyur kemuliaannya.


An-Nazi'at: Dicabut kesusahan dan sifat khianat dari hatinya.


'Abasa: Dia memberikan zakat dan sedekah.


Al-Takwir: Banyak melancong dan banyak mendapat keuntungan.


Al-Infitar: Dekat kepadanya raja-raja dan pembesar serta mereka menghormatinya.


Al-Mutaffifin: Allah SWT memberikan sifat amanah kepadanya, sifat adil dan menyempurnakan
janji.


Al-Insyiqaq: Ramai anak dan keturunannya.


Al-Buruj: Lepas dari dukacita dan mendapat ilmu. Ada yang mengatakan ilmu yang dimaksud
ialah ilmu nujum.


At-Tariq: Diberi taufik untuk banyak bertasbih.


Al-A'la: Mudah segala urusannya.


Al-Ghasiyah: Naik pangkat atau martabatnya.


Al-Fajr: Diberi pakaian yang cantik-cantik.


Al-Balad: Allah SWT memberikan taufik kepadanya sehingga dia suka membei makan kepada
orang lain, memuliakan anak yatim dan menyayangi orang-orang daif.


As-Syams: Diberikan kepintaran, kecerdikan dan kefahaman.


Al-Lail: Diberi taufik untuk qiyamullail dan terpelihara daripada terbongkarnya rahsianya.


Ad-Dhuha: Dia memuliakan orang-orang miskin dan anak yatim.


Al-Alaq: Dijadikan atau menjadi orang yang tawaduk, fasih dan cantik tulisannya.


Al-Qadar: Panjang umur serta tinggi martabatnya.


Al-Bayyinah: Dengan izin Allah, mendapat pertunjuk di tangannya kaum yang zalim.


Al-Zalzalah: Allah mengoncongkan dengannya tumit orang-orang kafir.
Al-'Adiyat: Mendapat kuda.


Al-Qariah: Menjadi mulia kerana bertakwah dan banyak beribadah.


At-Takasur: Menjadi zuhud dan tidak menumpuk harta.


Al-Asr: Dijadikan orang yang sabar dan mentaati kebenaran. Dan juga dia rugi dalam perniagaan
tetapi akhirnya mendapat keuntungan yang banyak.


Al-Humazah: Dia mengumpul harta yang banyak yang bermanfaat baginya untuk amal-amal
kebajikan.


Al-Fil: Ditolong untuk menentang musuh-musuhnya dan di tangannnya Islam dapat menakluki
kawasan musuhnya.


Al-Quraisy: Dia memberi makan orang-orang miskin dan terjadi hubungan erat di antaranya dan
hamba Allah yang lain.


Al-Ma'un: Berjaya mangalahkan orang-orang yang menentangnya.


Al-Kausar: Banyak kebaikannya di dua negeri.


Al-Kafirin: Diberi taufik untuk menentang orang-orang kafir.


An-Nasr: Allah SWT menolongnya untuk melawan musuh-musuhnya. Bermimpi membaca surat


Al-Nasr juga menandakan dekatnya ajal orang yang bermimpi itu kerana ini merupakan surah
pemberitahuan Rasulullah saw akan dekatnya ajalnya.


Al-Lahab: Sebahagian orang munafik memusuhinya tetapi akhirnya dikalahkan oleh Allah


Al-Ikhlas: Mendapat kesenangan, mulia dan terpelihara akidahnya. Menurut satu pendapat sikit
keluarganya, tetapi senang hidupnya. Ada yang mengatakan bermimpi membaca surat ini
menunjukkan dekatnya ajalnya.


Al-Falaq: Allah SWT memeliharanya daripada kejahatan manusia dan jin, daripada gangguan
binatang dan dengki manusia.


Al-Nas: Selamat daripada gangguan syaitan dan tenteranya.






*Selamat beramal...
(*_*)


10 January 2012

~...KeMpIsKaN PeRuT...~



Sesuatu yang bukan mudah untuk kita lakukan...
Tapi itu yang kita inginkan...



Adeh malu beb!!!





Teringin nak pakai baju ketat macam retisss tapi perot muncit!!!


Tolong ye jaga perot anda...!!!





Aku nak kongsi satu cara untuk kempiskan perut...




Bancuh segelas air teh tanpa gula...Iyeeee, TANPA gula...

Kemudian, perahkan sebiji limau nipis ke dalam segelas teh tadi!

Amalkan minum air tersebut setiap hari sehinggalah perut anda yang buncit tu kempis...




*Kalau berjaya bagitau yer...
(✿◠‿◠)

13 October 2011

~...NeNaS BaTu...~


Sekadar ingin berkongsi mengenai khasiat nenas batu...
Sebelum ni pernah tengok tapi tak pernah nak ambik tahu pon...
Bila ada kawan kena appendiks barula kalot cari penawarnya...
Hari ini dia kena operate...Semoga dia cepat sembuh...
(cadanganje nih...dia tak minum pon rasanya)


Antara Khasiat Nenas Batu

1. Mengecutkan rahim selepas bersalin, sekaligus menjadikan ibu-ibu awet muda.

2. Bagi ibu yang baru bersalin, untuk mengecutkan perlu ambil seminggu sekali sahaja.

3. Boleh jadikan ubat untuk jarangkan anak.
minum selama tempoh hendak menjarangkan anak.
(cubala bagi yang sudah berkahwin jika berkesan bagitahu ye)

4. Melawaskan kencing.(elakkan batu karang)

5. Membantu melancarkan pembuangan angin.

6. Membantu ibu-ibu yang bakal menopause.

7. Bagi yang mengalami strok, minum dan sapukan pada tempat strok. Insya-Allah sembuh.

8. Berkhasiat untuk digunakan menyembuhkan BUASIR.

9. Juga boleh mengurangkan keputihan dan senggugut...


CARANYA MENGGUNAKANNYA

1. Basuh sehingga cuci bersih.

2. Rendam ke dalam jag berisi air panas.

3. Biarkan satu jam (sehingga buah itu tenggelam).

4. Nenas batu yang sudah direndam jangan dibuang, jemur hingga kering di tempat yg ada cahaya matahari, minggu dpn rendam lagi.

5. Buah ini bila direndam, kelopaknya akan tertutup rapat.
Ia kembang kembali bila dijemur. Jika kelopaknya tidak boleh kembang lagi, tanda khasiatnya sudah habis dan boleh dibuang.

6. Nenas batu ini boleh digunakan sehingga setahun dan lebih.

Peringatan: Wanita mengandung tidak di benarkan minum.


03 March 2011

PeTuA UtK KuLiT MuKa BeRmInYak...



Parut buah epal hingga halus.
Kemudian sapukan pada muka, bairkan selama 15 minit.
Kemudian cucilah dengan air suam.
Lakukan 3 kali seminggu.