13 October 2011

~...NeNaS BaTu...~


Sekadar ingin berkongsi mengenai khasiat nenas batu...
Sebelum ni pernah tengok tapi tak pernah nak ambik tahu pon...
Bila ada kawan kena appendiks barula kalot cari penawarnya...
Hari ini dia kena operate...Semoga dia cepat sembuh...
(cadanganje nih...dia tak minum pon rasanya)


Antara Khasiat Nenas Batu

1. Mengecutkan rahim selepas bersalin, sekaligus menjadikan ibu-ibu awet muda.

2. Bagi ibu yang baru bersalin, untuk mengecutkan perlu ambil seminggu sekali sahaja.

3. Boleh jadikan ubat untuk jarangkan anak.
minum selama tempoh hendak menjarangkan anak.
(cubala bagi yang sudah berkahwin jika berkesan bagitahu ye)

4. Melawaskan kencing.(elakkan batu karang)

5. Membantu melancarkan pembuangan angin.

6. Membantu ibu-ibu yang bakal menopause.

7. Bagi yang mengalami strok, minum dan sapukan pada tempat strok. Insya-Allah sembuh.

8. Berkhasiat untuk digunakan menyembuhkan BUASIR.

9. Juga boleh mengurangkan keputihan dan senggugut...


CARANYA MENGGUNAKANNYA

1. Basuh sehingga cuci bersih.

2. Rendam ke dalam jag berisi air panas.

3. Biarkan satu jam (sehingga buah itu tenggelam).

4. Nenas batu yang sudah direndam jangan dibuang, jemur hingga kering di tempat yg ada cahaya matahari, minggu dpn rendam lagi.

5. Buah ini bila direndam, kelopaknya akan tertutup rapat.
Ia kembang kembali bila dijemur. Jika kelopaknya tidak boleh kembang lagi, tanda khasiatnya sudah habis dan boleh dibuang.

6. Nenas batu ini boleh digunakan sehingga setahun dan lebih.

Peringatan: Wanita mengandung tidak di benarkan minum.