30 November 2011

~...JaR Of HeArT...~

I know I can't take one more step towards you
Cause all that's waiting is regret
And don't you know I'm not your ghost anymore?
You lost the love
I loved the most

And I learned to live, half-alive
And now you want me one more time

Who do you think you are?
Runnin' round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Who do you think you are?

I hear you're asking all around
If I am anywhere to be found
But I have grown too strong
To ever fall back in your arms

And I learned to live, half-alive
And now you want me one more time

Who do you think you are?
Runnin round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul

So don't come back for me
Who do you think you are?

Dear, it took so long just to feel alright
Remember how to put back the light in my eyes
I wish I had missed the first time that we kissed
Cause you broke all your promises
And now you're back
You don't get to get me back

Who do you think you are?
Runnin' round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Don't come back at all

And who do you think you are?
Runnin round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
Don't come back for me
Don't come back at all

Who do you think you are?

Who do you think you are?

Who do you think you are?
 




*Touching lorrr...Ahaksss (*_*)

~...MFC...~


Pertama kali jejak kaki ke kedai MUDZALFA yang terletak di Bangi menghala ke Kajang...
Makanannya lebih kurang KFC ada ayam goreng, kentang dan roti 
berharga RM 8.50...





Makan sikit sudah kenyang oleh kerana tangki yang kecik,
 jadi bungkuslah untuk teman yang berada d pejabat...






* Tiada tax dikenakan... (*_*)


29 November 2011

~...DoA SuPaYa DaPaT BaYaR HuTaNg...~




Maksudnya:

Ya Allah, cukupkanlah aku dengan segala perkara yang telah Engkau halalkan daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan kelebihan Engkau daripada meminta kepada orang lain



Maksudnya:

Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang




*InsyaAllah dengan izin~Nya... 
 (*_*) 




~... OST OmBaK RiNdU...~


Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku

Tuhan aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat Kamu kala dukaku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya ‘tuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mataku
Yang mengalir membasuh lukaku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku








* Jangan lupa tengok Filem Ombak Rindu pada 1 Disember 2011 (*_*)



28 November 2011

~...KeNdUrI 27 NoVeMbEr 2011...~



Meriah...Meriah...Meriah...!!!

Pengantin mengenakan pakaian warna silver, pelamin pulak warna putih merah, khemah pulak warna kuning dan door gift warna pink...

Ape tema utama pasangan ini aku pon kompius...
Mungkin dia ada banyak persalinan...





Dalam beg pink yg sangat comel nih ada dodol, kek dan telur pindang...
Orang Johor memang kebanyakan mesti bagi telur pindang kan...
Tapi aku tak makan...!!!




*Belajar adat orang Johor... (*_*)


~...MiMpI BuDaK...~


Apesal laaa asyik mimpi budak je sejak dua menjak nih???


Tapi malas nk google sebab tak nak percaya tafsir mimpi...
Hurms, satu hari rasa nak tau sangat apa maksudnya...
So  bermulalah pencarianku...


Jawapan yang aku dapat agakla menakutkan,sampai aku termenung memikirkannya...

*

*

*

*

Kalau mimpi budak tu ialah  

~...Gangguan makhluk halus...~


  
Jadi sebelum tidur jangan lupa baca doa tidur, 3 kul (pendinding syaitan)...
Aku mungkin terlupa baca doa kot pada malam yang aku mimpi tuh...
Hurmsss,mungkin juga malam tuh lupa pasang ''Yasin''...!!!

Satu lagi sebelum tidur jangan lupa basuh kaki...


Klik SINI untuk info tentang gangguan makhluk halus...




*Tolong jangan percaya...!!! Uhhu... (*_*)





27 November 2011

~...KeNdUrI 26 NoVeMbEr 2011...~




:) Tayang muka sikit...!!!
Hohohohoho...




Gift dari pengantin...
Gambar pengantin tak ada atas sebab2 tertentu...




*Ambik berkat... (*_*)

~...Be StRoNg...~







*Think bout it... (*_*)


26 November 2011

~...GanGGuan MaKhLuK HaLuS...~



A) Berpunca Daripada Jin
  • Jin yang jatuh cinta kepada manusia dan ingin bersahabat.
  • Jin yang sengaja ingin menzalimi manusia.
  • Dengki dan hasad kepada manusia yang diberi kelebihan oleh Allah.
  • Balas dendam kerana kematian keturunannya sama ada sengaja atau tidak sengaja seperti membunuh ular dan binatang jelmaan jin.
  • Benci kepada manusia yang taat dan yang mempelajari agama.
  • Jin juga mengamalkan sihir dan pakar tentang sihir.
 B) Berpunca Daripada Manusia
  • Kecuaian manusia seperti menyiram air panas ke dalam lubang kecil, mangkuk tandas dan menganggu tempat kediaman mereka walaupun tidak sengaja.
  • Mencampakkan benda berat tanpa membaca bismillah.
  • Bersama isteri tanpa menyebut nama Allah.
  • Perempuan yang mendedahkan aurat dan suka berhias menyebabkan jin terpikat dan jatuh cinta.
  • Tidak beradab semasa berada di dalam hutan dan tempat-tempat sunyi.
  • Tukang sihir berkerjasama dengan jin dalam melaksanakan permintaan seseorang yang hasad dengki.
  • Sikap manusia yang takbur dan mencabar.
  • Keadaan manusia yang tidak terkawal memudahkan jin merasuk:
    1. Terlalu marah.
    2. Terlalu takut.
    3. Nafsu syahawat yang tinggi.
    4. Manusia yang lalai.
    5. Jahil
  • Mengamalkan sihir dan amalan-amalan yang salah seperti silat yang berkait dengan jin sehingga memakan diri.
  • Kesanggupan menerima jin (saka) menyebabkan anak-anak dan cucu menjadi mangsa.


TANDA-TANDA GANGGUAN

a) Tanda-Tanda Ketika Tidur:
  • Susah tidur malam kecuali setelah bersusah payah.
  • Mudah terjaga pada waktu malam dalam keadaan takut.
  • Mimpi melihat sesuatu yang menghimpitnya lalu ia meminta pertolongan tetapi tidak berdaya.
  • Mimpi buruk yang menakutkan.
  • Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, singa, tikus dan sebagainya.
  • Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
  • Bunyi gigi begetar/berlaga ketika tidur.
  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
  • Berdiri dan berjalan ketika tidur.
  • Bermimpi berada di tempat yang sunyi.
  • Bermimpi berada di kawasan kotor, tempat sampah dan kawasan perkuburan.
  • Mimpi melihat makhluk halus.
  • Mimpi melihat salib atau gereja.
  • Mimpi bertemu paderi atau berada di tempat ibadah mereka.
  • Mimpi melihat budak kecil. Berjaga-jaga kalau bermimpi menyusui budak kecil dan kita merasakan terlalu sayang kepadanya.
  • Mimpi benda tajam dan miang seperti pisau, paku, miang buluh dan sebagainya (tanda santau).
 b) Tanda-tanda Ketiga Jaga:
  • Sering lalai daripada mengingati Allah s.w.t.
  • Hilang ingatan (Gila).
  • Hilang semangat apabila sampai ketempat kerja.
  • Lesu dan malas.
  • Sesak nafas apabila masuk waktu asar hingga ke malam.
  • Rasa sakit pada sebahagian anggota badan.
  • Sakit di bahagian belakang badan terutamanya tulang belakang.
  • Lenguh sendi-sendi.
  • Melihat sesuatu yang pelik.
  • Ketumbuhan yang sukar diubati (kanser).
  • Terasa seolah-olah memijak telur atau batu dibahagian tapak kaki.
  • Mudah panik bila berhadapan dengan masalah.
  • Jiwa lemah dan mudah mengalah.
  • Selalu mengantuk.
  • Sering pening dan perubatan moden tidak dapat mengesan penyakit tersebut
  • Mudah marah dan panas baran.
  • Hilang darah.
  • Agresif dan bertindak liar.
*Renung2kan... (*_*)

25 November 2011

~...MiLiK AnUaR ZaIn...~


Tahniah...!!!


Anuar Zain : Saya terima anugerah ini dengan rasa janggal kerana ia agak memalukan... 

Yuna : Menerima keputusan juri dengan hati yang terbuka dan tidak serik untuk bertanding lagi...




Jom hayati liriknya DI SINI





Yuna menyerahkan semula trofi pada majlis pengumuman dan penyerahan anugerah untuk lagu Sedetik Lebih yang berlangsung pada sidang akhbar khas Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) selaku penganjur AIM18





*Artis menjadi mangsa gara-gara kesilapan RIM... (*_*)



24 November 2011

~...TaRiK BaLiK...~

Anugerah dah tamat...
Keputusan tak muktamad...???
Tapi kenapa perlu tarik balik???
Memang ramai yang mempertikaikan kemenangannya   



Memang dari awal lagi Yuna sendiri rasa pelik dengan kemenangannya atas sebab2 tertentu!


*Kita tunggu jawapan dari pihak yang bertanggungjawab! (*_*)

~OmBaK RiNdU...~


1 Disember 2011 

Berada d pawagam...

Ombak Rindu adalah novel tulisan Fauziah Ashari yang dihasilkan kira-kira 12 tahun lalu. 
Ia mengangkat kisah cinta romantik mengenai gadis kampung yang terjerat ke lembah hina sehinggalah Izzah muncul untuk menjadi penyelamat masa depannya. 

Filem yang mengambil lokasi sekitar Kuala Lumpur, Langkawi, Kedah dan Danok (Thailand)

Dibarisi Maya Karin sebagai Izzah, Aaron Aziz (Hariz), Lisa Surihani (Mila), Bront Palarae, Julia Ziegler, Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Normah Damanhuri, Fauzi Nawawi, Nadia Nisa, Mislina Mustafa dan Kamarul Yusof.





 *Haruslah tengok ye... (*_*)


23 November 2011

~...So CuTe...~




Nak share gambar anak elyana yang glamor dengan lagu tapak sulaiman ni...


Sumayyah 

~27.8.2011~

Cute kan...?!?!?!



Elyana nampak makin comel walaupun sedikit berisi...


 Bapa mithali...untunglaaa...



(*_*)

22 November 2011

~...HaRiMaU MaLaYa...~



TAHNIAH...!!!

TAHNIAH...!!!

TAHNIAH...!!!

buat pasukan 

HARIMAU MALAYA...!!!






KECEWA!!!

Jelas terpancar d muka penjaga gol Indonesia terutamanya...!!!




*Majulah sukan untuk negara... (*_*)



21 November 2011

~...FFM...~



 Astro oh Astro...
Susah jugak bile tak ada astro...
Sesetengah anugerah hanya d tayangkan d astro...

Hurms, FFM yang berlangsung semalam tak dapatla nak tengok...
Nak pasang astro macam rugi je rasa...
Dalam satu hari berapa jam je dapat menonton...
So setelah d fikirkan saya tidak memerlukan astro...

Jadi macam biasalah keesokan harinya mulalah mencari nama2 pemenang...
Untuk senarai penuh pemenang sila klik Senarai Pemenang FFM 

Yang paling suka dengan keputusan semalam ialah abang Sam, Mia Sara dan cerita KL Gangster menang!!!

Hoyeee...Suka macam aku pulak pengarahnya...HeeHeeHee

HeeHee Skemanya muka abg Sam...Entahla tahun bila punya gambar!!!




*Gambar lain malas nk cari... (*_*)

~...TuTTi FruTTi...~





Best dapat makan aiskrim kt Tutti frutti ni...
Untung jugak jadi pelanggan terakhir, boleh dapat buah2an lebih...
Memang Mavelesss la weh...

Ada 2 bekas yang disediakan  
Satu warna oren satu warna merah jambu...
Harga bergantung pada berat 100gram = RM 5++




Yang ini  harganya RM 33++





Bekas oren tuh kecik sikit harganya RM 19++
Bekas pink RM 31++




Yang ini paling ringan mungkin sebab amik bebola milo...
Jadi harga dia paling murah iaitu RM 17++


So  semua sekali total  RM100++ untuk empat bekas...
Hurmsss boleh tahanla mahalnya aiskrim ni kan...
Sebulan 1x bolehla kot layan...
Hehehehe bukan kedekut tapi berjimat!!!




*Makan kat kedai untuk elakkan kecairan... (*_*)



20 November 2011

Ada Apa Dengan 2011...???




20112011


Cantik tarikh harini...
Apa aku buat pada tarikh cantikni???

Dating???

Tunang???

Kahwin???

Nak dating tapi xjadi...
Nak g kenduri kahwin tapi cancel...
Nak jadi volunteer pon cancel...

Semuanya tidak berlaku pada tarikh keramat yang datang sekali seumur hidup...
Ape pon tak boleh...
Huhuhuhuhu...~

So aku hanya lepak2 d rumah oleh kerana cuaca yang tidak menentu dan aku d serang selsema dan demam...
Hurmsss, bosan!bosan!bosan!




*Ada apa dengan tarikh...??? (*_*)



19 November 2011

~...PeNaKuT...~





Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Chorus

Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya
Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah cuba kau ringankan

Ulang Chorus
Kau bukan milikku
Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku




* Pemenang persembahan vokal wanita terbaik dan lagu terbaik AIM 2011... 
(*_*)


~...JaTuH CiNtA...~






  Alhamdulillah... (*_*)

من عشق فكتم وعف فمات فهو شهيد

 maksudnya: 

"sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yang syahid"

[riwayat Hakim, Ibn Asakir, al-Dailami, dan lain-lain]


*Syukur dengan nikmatnya... (*_*) 



18 November 2011

~...Ku PiLiH HaTiMu...~





Ku pilih hatimu tak ada ku ragu
Mencintamu adalah hal yang terindah
Dalam hidupku oh sayang
Kau detak jantung hatiku

Setiap nafasku hembuskan namamu

Sumpah mati hati ingin memilihmu
Dalam hidupku oh sayang
Kau segalanya untukku

Janganlah jangan kau sakiti cinta ini

Sampai nanti di saat ragaku
Sudah tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir

Setiap nafasku (setiap nafasku)

Hembuskan namamu (hembuskan namamu)
Sumpah mati (sumpah mati)
Hati ingin memilihmu (ku milikmu)
Dalam hidupku oh sayang
Kau segalanya untukku ooh

Janganlah jangan kau sakiti cinta ini

Sampai nanti di saat ragaku
Sudah tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir

Oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini

Sampai nanti di saat nafasku
Sudah tidak berhembus lagi
Karena sungguh cinta ini cinta sampai mati

Tolonglah jangan kau sakiti cinta ini

Sampai nanti aku tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir

Oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini

Sampai nanti di saat nafasku
Sudah tidak berhembus lagi
Karena sungguh cinta ini cinta sampai mati
Cinta sampai mati 



 ~Ussy feat Andhika~




* Jiwang abislaaa... (*_*)


17 November 2011

~...MeReNgEk PuLaK...~




Budakni bikin pagi ku lebih hangat daripada biasa...
Anak sapa pulak nih...???
Bukan aku culik okehhhh...

Geramje rasa bila dia tengok muka aku je dia nangis...
Nampak macam hantu ke???
Hurmsss, mungkin sebab jarang2 tengok kot...
Uhhu...macam2 cara aku buat...tapi xmau jugak!xpelaaaa

 Nak nangis sangat ye...aku biar dia nangis pastu dah xtahan dengar aku serahkanjela pada yang pakar...
Budak2 macam2 perangai...
Walaupun geram, tapi aku suka dengan budakni sebab kecomelannya...mata dia sangatla comel!



*Dari mata turun ke hati... (*_*)


16 November 2011

~...KoRbAn...~


Apa yang d buat balik kg lama2...???

Pagi raya lepas solat hari raya, xsempat makan terus gerak g tempat korban...

Dah lama xtengok orang sembelih lembu...
Banyak ekor jugakla berjaya d korbankan pagi tuh...
Hurmsss,yang paling seronok masa ni budak2la kan kalot dok ambik gambar!!!
Aku pon tak terkecuali laaa...so tanpa segan silu aku pon joinla sekali ngn bebudak kampung tuh!!!



Lembu ke kerbau...???Ada jugak yang tak kenal...Heehee bikin malu jeee...
Ini lembu okehhh...!!!
Lembuni yang telah selamat d korbankan... 
1 Bahagian RM360.00 tunai...!!!




Eh sape pulak ni???Ambik gambar ngan lembu??? Isk3...
Adik akulaaa...Jeles ngn abang aku dok bergambar dia pon nak jugakla...
Tapi gambar abang aku xboleh enterpremmm kat sini...
Takot nanti ramai lak nak jadi kakak ipar...hee




Lembuni dah siap pejam mata dah...
Agaknya dah pasrah kot tengok kawan2 dia kena Zasssstttt...!!!





Part ni aku memang sedih jugakla tengok masa darah memancut keluar...uhhu






Hurmsss, yangni tak ingat yang keberapa kena sembelih, banyak sangat...
Berjam2 tunggu turn...
Sapa2 yang mabok darah kompem muntahla tengok!
Aku sendiri rasa loya tengok!banyak sangat darah!!!





*InsyaAllah tahun depan aku nak korban kalo ada rezeki... (*_*)



15 November 2011

AIM


Selesai sudah AIM18...

Kepada sapa2 yang tidak berkesempatan tengok AIM18 kita sama2 baca Senarai Penuh Pemenang ye...

Album Terbaik – Produser
Magada Entertainment Sdn. Bhd. – The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrate 25 Years of Sheila Majid – Sheila Majid

Lagu Terbaik
Penakut -Yuna – Yuna

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu Lelaki
Anuar Zain – Sedetik Lebih

Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu Wanita
Yuna – Penakut

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Lagu
Jaclyn Victor, Shila Amzah & Ning Baizura – Beribu Sesalan

Artis Baru Terbaik
Najwa Mahiaddin

Lagu Pop Terbaik
Sedetik Lebih – Edry Abdul Halim – Anuar Zain


 Lagu Pop Etnik Terbaik
Joget Tak Senang Hati – Mohariz Yaakup/Azalea – Adibah Nor

Lagu Rock Terbaik
Pelita – Loque – Loque & A.P.I.

Lagu Nasyid Terbaik
Pedoman VOU – Johan Nawawi/Shah Mohamed, Hafiz Tarmizi, Johan Nawawi – Nora feat VOU

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
Got To Go – Najwa Mahiaddin – Najwa Mahiaddin

Kulit Album Terbaik – Pereka
Kasi Gegar Entertainment Sdn. Bhd. – Urusan Aizat Amdan – Aizat

Video Muzik Terbaik – Pengarah
Ahmad Faris – Susun Silang Kata – Aizat Amdan

Rakaman Album Terbaik – Jururakam
Keith Yong – Realize – Reza Salleh

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkanlah oleh Artis Luar Negara – Artis
Ku Menunggu – Rossa

Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu – Pengubah
Syed Shahril Faizal Syed Hussain – Jeritan Batinku – Sheila Majid

Artis Mobile Celcom Terbaik
Sixth Sense (1.8 juta muat turun)

Anugerah Kembara
Yunalis Zarai

Anugerah Wirama
Beh Suat Pheng
  


Hurmsss dalam banyak2 gambar...
1 Gambarje nak share ngn uooolllsss...


*





*




*



 Mangsa fesyen...???ke mata aku yang rabun...???tapi nampak tua jauh dari umurnya...Redha!



*Baca senarai jelaaa xtengok!DEMAM (*_*) 



14 November 2011

~...TeRbaNg MeLaYaNg...~


Seronoknya dapat balik kampung!!!


4.11.2011-13.11.2011

Hurms,xdela lama mana pon tapi puas hati bila dapat menghabiskan masa bersama insan2 yang disayangi...


Tapi bila dah ada kat kampung,1je masalahnya...
Aku mula melupakan teman2 aku d blog, d facebook dll...
Maap yeee...macam xcukup masa nak online...hee

 
Isk3 terok!!!terok!!!


~...Ehehehehehe...~ 
Apa-apa ajelaaa...
Layan...!!!



Memang suka duduk tepi tingkap dan kawasan sayap...konon2 aku terbang sendiri!hee


Inilah masa yang paling aku suka bila kat dalam flight...mula2 terbang n bila nak landing...


Tapi bila nampak awanje, mula bosan & cuba untuk lelapkan mata walaupun perjalanan xlama...




*Mood masih seperti berada d kampung halaman... (*_*)