29 October 2011

~...PuLaU SiPaDaN...~


Tenang...

Mendamaikan...



Teringin nak bercuti d sana...

Hurmssss,entah bila dapat ke sana...




*Menghayati keindahan alam semulajadi...


28 October 2011

~...MeWaH TaPi TeRbIaR...~

Rumah paling mahal di dunia yang telah siap dibina d Mumbai d biarkan kosong oleh pemiliknya yang tidak mahu berpindah ke situ kerana takut ditimpa bala...

Bangunan 27 tingkat itu - dinamakan Antilia - 

Terdapata tiga tempat pendaratan helikopter, enam tingkat kawasan meletak kenderaan dan sejumlah taman tergantung...

Milik orang paling kaya di India dan tokoh kesembilan terkaya di dunia, Mukesh Ambani, dengan nilai kekayaan RM84.5 bilion.


*Banyak duit,bersedekahla dari membazir...dapat pahala...


 

~...D OnE StEaK...~


Lunch bersama-sama member2 opis...



Tekak rasa nak makan Fish n Chip RM 7.90
&
Air asam boi RM 2.00



Yang ni xingatla apa namanya...

Mula-mula sampai benda alahni berasap 1 kedai + percik-percik kuah dia abis meja...

Dalam 5 minit baru keadaan normal dan bolehla menjamu selera...


*Sedap hingga menjilat sudu dan pisau!!!


~...FiNaL pIaLa MaLaYsIa 2011...~



1 Hari Lagi...!!!



  Stadium Shah Alam

8.30 Malam




~Peteh ganu Peteh~
vs
~Hobin Jang Hobin~





 Terengganu vs Negeri Sembilan



''MILIK SIAPA''


*Secara langsung d TV1 ~Sokong ganu~



~...BaRiNg PoN BoLeH...~


 Tajuk 18 SX...???

Ooooh tidak sama sekali...

Citenya pasal majalah GLAM...

Da tgk cover terbaru untuk majalah GLAM...???



*

*

*




Kalau dh glamor, amik gmbr sambil baring pn blh jd cover majalah...
Xpayah susah2 pk nk berdiri macam mana...nak duduk mcm mana...


Sapa xkenal dengan Fasha Sandha sekarang popular dengan cerita 
CINTA ELYSA yang ditayangkan d TV3 pada hari selasa jam 
9.00 malam...yang dilakonkan bersama BOTAK (juvana)!!!




*Kontroversi pon glamor okeh...oppsss (*_*)





27 October 2011

~...KeNNy RoGeRs RoAsTeR...~


 

Yummmmmmmmmmy.... ~ quarter meal ~
RM 16 +++
Air panas ~ Caramel Macchiato Marvel ~

Makanan yang menjadi kebiasaan d pesan d Kenny Rogers Roaster

  

  

 Kek yang comelni sangat sedap...
Harganya dalam RM5.00+++ kot...




                   


             (*_*)
        Aku & kamu
             (*_*)




Percintaan jarak jauh macamnila...
Jarang-jarang dating dapatla makan sedap2 sikitkan...
2-3 bulan sekali baru dapat jumpa buah hati...
~uhuhuhuhuhu~



Teringin nak makan???Klik Kenny Rogers Roaster untuk order...
~hehehehehehehe~




*Mavelesssss kalau dapat makan hari-hari... (*_*)




~...CiLi PaDi...~


Banyaknijeeee...???Nak buat apa...???
Cukupla buat stok 1mg...
Bukan hari2 pon guna...
Tau berapa harga sikit macamni???


RM1.00!!!

Tekezuuuutttt masa dia cakap...
Xkan nak letak semula malula dahla orang ramai masa tuh...
Cekik darah betolllll...
Kat mana aku beli...???
PASAR TANI PRESINT 2...!!!
Nak xnak kenala beli kan bukan dok kat kampung main petik belakang umahje...


*Nak jimat bercucuk tanamla sendirikn...


25 October 2011

~...CiNtA eLySa...~


TV 3
9.00 Malam

Da masuk minggu ke berapa da aku baru rasa nk update pasal teruja tengok cite nih sebab ada BOTAK

Cerita cinta...Suka dua-dua...

Olololololo...bahagianya mereka...(jelessss)


Sweet sangat masa ni...

 
Entah bila masala dia dating...(jeles jugak)
 
 *Jangan ketinggalan...






~...BoTaK...~


 Botak???


Bukan botak xde rambut...
Ni pasal pelakon baru yang glamor dengan panggilan botak dalam cerita juvana...


Suka tengok dia berlakon walaupun ada yang cakap dia xpandai bawak watak...
Aku xkisah...lalalalalalalala~
Hurmsss, mungkin sebab dia masih baru lagi dalam dunia lakonan...
Tengokjelaaa...

Sapa dia sebenarnya...???
Jom tengok biodata botak...



Nama sebenar : Johan Ariff Asari

Umur : 25 tahun ( LahirTahun 1986)

Asal : Pulau Pinang

Pendidikan: Diploma Kaunseling di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), pernah mendapat pendidikan kelas tahfiz selama dua tahun di Batam dan Jambi, Indonesia.

Kebolehan: menghafal 1 setengah juzuk al quran
Seorang yang kelakar dan peramah, suka merendah diri

Watak Botak dalam Juvana : 
Botak ialah seorang remaja berusia 17 tahun, anak luar nikah yang menjadi mangsa dera bapa yang kaki botol.  Akhirnya Botak jadi suka  memberontak dan membuli.

 *Sokong pelakon baru


24 October 2011

~...aJaL D LiTaR...~


 Litar F1 Sepang mencipta satu kenangan yang tidak dapat d lupakan oleh seluruh peminat Moto GP apabila Simoncelli, 24, mengalami kemalangan pada pusingan kedua. 
Dia dilanggar oleh motor yang ditunggang Colin Edwards dan Valentino Rossi ketika dia terseret ke tepi litar oleh motor Honda miliknya.

 
*

*

*


*

*

*

 
Simoncelli di sahkan meninggal dunia jam 4.56petang d sebabkan oleh kecederaan d kepala, leher dan dada...

*Jangan merempit ye kawan-kawan...!!!

22 October 2011

~...HaRi-HaRi...~

01hb: Hari yang baik untuk bertemu pemerintah (orang kenamaan) / meminta hajat / berdagang / bertani dan bermusafir.


02hb: Hari yang baik untuk bermusafir / meminta hajat.


03hb: Hari yang tidak bagus.


04hb: Hari yang baik untuk berkahwin dan Makruh untuk bermusafir.


05hb: Hari yang tidak bagus.


06hb: Hari yang diberkati dan baik untuk berkahwin / meminta hajat.


07hb: Hari yang diberkati dan elok untuk apa yang dimaksudkan dan diusahakan.


08hb: Hari yang baik untuk meminta hajat dan Makruh untuk bermusafir.


09hb: Hari yang penuh keberkatan dan baik untuk segala hajat manusia. Dan barangsiapa yang bermusafir bakal memperolehi rezeki harta dan dia akan melihat banyak kebaikan dalam perjalanannya itu.


10hb: Hari yang baik untuk segala hajat melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan). Sesiapa yang lari dari penguasa akan tertangkap. Tetapi, baik untuk berjual-beli. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh.


11hb: Hari yang baik untuk segala hajat, bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan).


12hb: Hari yang penuh keberkatan. Maka mintalah hajatmu dan berusaha nescaya akan mendapat. Bersembunyi dari pemerintah adalah lebih baik.


13hb: Hari yang tidak bagus atas segala amalan / hajat.


14hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan.


15hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan. Nescaya akan mendapat.


16hb: Hari yang tidak bagus.


17hb: Hari yang baik bagi segala hajat/ amalan. Nescaya akan mendapat. Baik untk bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam, membina bangunan dan bertemu pemerintah (orang besar).


18hb: Hari yang baik bagi segala hajat. Barangsiapa yang bertemu musuh, akan mendapat kemenangan dengan Takdir Allah.


19hb: Hari yang baik bagi segala amalan. Barangsiapa yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan hidup.


20hb: Hari yang baik untuk segala hajat, / bermusafir / membina bangunan / bertani / kahwin dan bertemu pembesar.


21hb: Hari yang tidak bagus.


22hb: Hari yang baik untuk berdagang / bertemu pemerintah / musafir / BERSEDEKAH.


23hb: Hari yang baik digalakkan untuk berkahwin dan apa saja perniagaan dan bertemu pemerintah.


24hb: Hari yang tidak bagus.


25hb: Hari yang tidak bagus dan BERHATI-HATI untuk setiap perkara.


26hb: Hari yang baik untuk segala hajat kecuali kahwin dan musafir. Hendaklah kamu BERSEDEKAH pada hari itu kerana ia memberikan banyak manfaat.


27hb: Hari yang baik untuk segala hajat.


28hb: Hari yang bercampur ( Baik & Tidak baik).


29hb: Hari yang baik bagi segala hajat melainkan menulis (kitab). Boleh menulis tetapi MAKRUH. Barangsiapa yang menulis kitab tidak mendapatkan idea yang baik. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh dan yang bermusafir bakal mendapat harta yang banyak.


30hb: Hari yang baik bagi segala hajat / berdagang / bertani / kahwin, cepat sembuh dari penyakit, Yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan, akan diangkat kedudukannya. Suka bercakap benar dan menunaikan janji.



* Jangan percaya...

19 October 2011

GuGuR...!!!


Sedihla bila keguguran berlaku...
Eh bukan pregnant okehhh...

Keguguran rambut aku nih mkn menjadi-jadi....risau jugak takot botak sebelum masanya...

Da macam-macam syampu aku guna tp macam xjadi jugak...
Nak kena g buat treatment keee???
Tukar syampu???
Entahla nak cuba syampu apa pulak...
Apa yang bagus ek???



Kalau rambut macamni memang senang hatikan...


Halal ke...???


Yang ni OK ke...???

Mahalla pulak syampuni tapi kalau kompem berkesan aku beli je...takot nk try laaa kan botak terus!!!

Dulu pernah guna tapi ada orang cakap xhalal...so aku stop!!!

Yang ni pulak xsesuai ngan rambut aku...

Yang ni xpernah try...ok ke???


(gambar2 hasil google)
Macamnila keadaan bila lepas sikat rambut...

Rambut rosak punca dari pemakanan???syampu xsesuai???aduhaiiii risau...risau...risau...
Lama2 mau botak jugak aku nih!!!


*Apa yang perlu dilakukan...???

~...PuLuT DuRiAn...~


Rasa nak makan pulut duriannn...!!!
Sedapnya kalo dapat makan harini...
Aduiiii...Masalah...Masalah...Masalah!!!
Bila rasa nak makanje mesti nak cepat2 kalahkan orang mengidam pulak...
Hurmssss...
Gambar kt atasni masa aku ''kenduri'' pulut durian sorang2 dalam 2bulan lepas...
Memang kenyang sangat nak habiskan...


*Sapa nak join...???

18 October 2011

~...BuTTeR PraWn...~


Masakan sempoi macamni mmgla menjadi kegemaran aku sebabnya cepat dan senang...
Tak sampai setengah jam da boleh makan...
Yang penting kena sediakan bahan-bahan ini...
Ada bawang putih udang, cili padi, susu cair, butter, telur, garam dan gula...

*resipi lengkap sila google...ehhe


17 October 2011

~...ReNuNgAn SeBeLuM TiDuR...~




Malamni sebelum tidur samala kita renung2kan ye kawan-kawan...


14 October 2011

~...1 MaLaYsIa...~


Salam 1 Malaysia...(skema je rasa)
Patriotik sikitla pepagi jumaat nih...
Hurmsss,sebenarnya nak cerita pasal kedai 1 Malaysia yang terletak d bangunan KPDNKK Presint 2... 




Kedai ini telah d buka sebulan yang lalu...
Tapi aku baru berkesempatan untuk singgah...
Sebelah kanan dalam kedai terdapat coffee corner ala-ala 7eleven yang menyediakan kemudahan membuat air dan maggi!




Ini aje brg yang aku beli...Malas nak bawak berat2...Hee
Brg keperluan harian semua d labelkan dgn label 1 Malaysia...
Banyak lagi brg lain yang d jual tapi xsempat nk snap sebab ramai orang kat dalam kedai...(maluuuu)
 
 
* Sokonglah kedai 1 Malaysia...

13 October 2011

~...NeNaS BaTu...~


Sekadar ingin berkongsi mengenai khasiat nenas batu...
Sebelum ni pernah tengok tapi tak pernah nak ambik tahu pon...
Bila ada kawan kena appendiks barula kalot cari penawarnya...
Hari ini dia kena operate...Semoga dia cepat sembuh...
(cadanganje nih...dia tak minum pon rasanya)


Antara Khasiat Nenas Batu

1. Mengecutkan rahim selepas bersalin, sekaligus menjadikan ibu-ibu awet muda.

2. Bagi ibu yang baru bersalin, untuk mengecutkan perlu ambil seminggu sekali sahaja.

3. Boleh jadikan ubat untuk jarangkan anak.
minum selama tempoh hendak menjarangkan anak.
(cubala bagi yang sudah berkahwin jika berkesan bagitahu ye)

4. Melawaskan kencing.(elakkan batu karang)

5. Membantu melancarkan pembuangan angin.

6. Membantu ibu-ibu yang bakal menopause.

7. Bagi yang mengalami strok, minum dan sapukan pada tempat strok. Insya-Allah sembuh.

8. Berkhasiat untuk digunakan menyembuhkan BUASIR.

9. Juga boleh mengurangkan keputihan dan senggugut...


CARANYA MENGGUNAKANNYA

1. Basuh sehingga cuci bersih.

2. Rendam ke dalam jag berisi air panas.

3. Biarkan satu jam (sehingga buah itu tenggelam).

4. Nenas batu yang sudah direndam jangan dibuang, jemur hingga kering di tempat yg ada cahaya matahari, minggu dpn rendam lagi.

5. Buah ini bila direndam, kelopaknya akan tertutup rapat.
Ia kembang kembali bila dijemur. Jika kelopaknya tidak boleh kembang lagi, tanda khasiatnya sudah habis dan boleh dibuang.

6. Nenas batu ini boleh digunakan sehingga setahun dan lebih.

Peringatan: Wanita mengandung tidak di benarkan minum.


11 October 2011

~...SyAwAl...~


Jalan2 dan makan2 mmgla seronok kan...
Memang dah menjadi kebiasan bila menjelmanya bulan syawal ramai yg bt open house...
Sampai bulan Zulkaedah pon ada lagi yg masih nak menjamu selera  rakan-rakan...
Sampai 3 kali g umah sama pn ada jugak!
Kuatnya makan...orang da ajak kan...Layan aja :)



Awekkksss...


Ni kat umah akak kpd dik Ain yang dk kat Kajang 
menghala ke Nilai...
Kebetulan ada geng nak g sana so sampaila ke tempat yang d tuju dengan selamat...
Xpenah g pon area sana, tapi makan-makan punya pasal sanggupla bersesat-sesat dulu sebelum dpt mengisi perot!


Makanannya sodap2...ada laksa,satay,lontong dll...
Memang xlarat nk makan, padahal masa sampai memang lapar...
Tangki kecik kan...hee


Alalalalalalala sopankan yang kt tengah2 tuh duduk...
Cover tuh sebabnya mak dia dk tengok...(pemalukan)
Kawan kt belah kiri xkisah dah orang dok bergambar...
Layan makan lagi sedap wooo...


*Terima kasih atas jemputan...(Tahun depan jemputla lagi) (*_*)



10 October 2011

~...RaHsIa TuBuH BaDaN...~


Dari kerana mata yang mempunyai kuasa...

Seharian mata aku dok gerak2...

Rasa nak tau apa maksud d sebalik gerakan tuh...

Inilah jawapan yang aku dapat...




Kelopak mata kanan bergerak = beroleh keamanan

Kelopak mata kiri bergerak = melihat perempuan

Kelopak mata kiri ke atas bergerak = ada orang akan berjalan jauh

Kelopak mata kiri dibawah bergerak = hendak menangis

Ekor mata kanan bergerak = menerima kedatangan orang jauh

Ekor mata kiri bergerak-gerak = mendapat sedikit kepayahan

Biji mata kanan bergerak-gerak = akan menangis dalam bercinta

Biji mata kiri bergerak-gerak = gembira dihati



*Jangan percaya...suka2je ni!!!


~...KhAsIaT SuRaH YaSiN...~





Ø Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri

Ø Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir. 

Ø Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ø Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ø Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.

Ø Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.

Ø Ayat 29 - Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.

Ø Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allahs.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

Ø Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik. Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Muhammad, Kita orang Islam dll.

Ø Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.

Ø Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ø Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula. 

Ø Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu. 

Ø Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.

Ø Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ø Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan. 

Ø Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia – Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Ø Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ø Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.

Ø Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.

Ø Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x. 

Ø Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan. 

Ø Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.

Ø Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: “dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?” (Ayat 78 dan 79) - Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah. Doktor di hospital pun tanya dia utk rawatan patient mrk dan Dr Fatimah berikan ayat ini.

Ø Ayat 79 - Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."

Ø Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari. Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut, Baca pada air [100x) Dan berdoa apa sahaja hajat

-----------------------------------------------------------------
1. Selepas sembahyang subuh
2. 3 Jumaat berturut-turut
3. Ayat 1 - Yassin baca 7x
4. Ayat 38 - 12x
5. Ayat 58 - 7x
6. Ayat 82 - 14x
7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
9. Perlu yakin, insyaAllah dgn berkat Allah ianya termakbul.

----------------------------------------------
Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan:
Ø Yasin is the jantung of Al-Quran
Ø Know the meaning of ayat-ayat in Al-Quran
Ø Yasin memudahkan yang susah. As such read Yasin:
o Child is sick
o Feeling troubled.
o Memudahkan urusan
o Memudahkan perjalanan
o As selusoh (to ease pain when giving birth)
Ø Read Yasin (3x) over water
Ø Read 3 Qul (three times each)
Ø Fatihah
Ø Baca Yasin sebelum tidur, seperti khatam Quran (10x)
Ø Jika baca Yasin sebelum tidur serta faham maksudnya sekali, sekira mati dalam tidur, dosa diampunkan.
Ayat 9 - "Wajaalna..."
Ø Lindungi rumah dari pencuri - baca dan tiup di tiap-tiap penjuru rumah...
Ø Lindungi diri dari dianiaya
Ø Bagi perlindungan diri dan rumah semasa tidur
Ø Baca Ayat 9
Ø Fatihah
Ø Read 3 Qul (three times each)
Ø Ayat Kursi
Ayat 29 - "In kanat illa..."
Ø Untuk mendiamkan orang yang selalu melempar kata-kata buruk/tidak menyenangkan kepada anda.
Ayat 36 - "subhanallazi.."
Ø Untuk cari jodoh * Tiup 7 kali dalam tangan dan sapu ke muka pada pagi hari
Ø Ya Wadud (3x)
Ayat 58 - "Salamun..."
Ø Jika sakit anggota
Ø Tak tenang hati
Ø Baca (7 x) dan gosok pada tempat sakit
Ayat 76 - "Falayahzun.."
Ø Bila rasa sedih
Ø Untuk menenangkan hati
Ø Gosok jantung sambil baca
Ayat 78 - 79 "dari Yuhyil Wahiya..."
Ø Tulang patah
Ø Sakit sendi
Ø Sakit lutut
Ayat 82 - "Innama amruhu.."
Ø Jika mandul
Ø Untuk mengubati kanser atau tumbuhan dalam badan
Dry method
o Sembahyang tahjud
o Sembahyang hajat
o Doa minta hajat
o Baca ayat 100 x dengan yakin
o Amalkan 41 malam
Wet method (untuk menyembuh penyakit dalam badan)
o Seperti di atas
o Bila baca ayat, tiup dalam air
o Minum 1 cawan air pada pagi hari sebelum makan / minum benda lain
o Doa sambil minum
o Untuk 41 pagi

Yang penting sesuatu itu yang hendak kita lakukan dengan .. innamal aa'maalu binniat.. dan ikhlas melakukannya.
Dalam YASSIN merangkum:
Ø Ilmu Pertanian
Ø Ilmu Falak
Ø Ilmu Laut
Ø Ilmu Kiamat
Ø Ilmu Ciptaan Manusia
Ø Ilmu Binatang
Ø Ilmu Kenabian
Surah Yassin ini hendaklah dibaca ketika orang sakit, tengah nazak nak mati atau sudah meninggal dunia. Baca disisi mereka dan bukannya di kubur. (terutama ayat 12) -- sebab kenapa kita perlu baca, agar orang yang sakit berada dalam kesenangan dan orang yang masih hidup insaf bahawa esok, lusa kita akan menyusul jua.



 *(DARI KACAMATA DR FATMA ELZAHRAA)